Pemain muda Chelsea, Ethan Ampadu. Foto BBC.

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Frank Lampard sedia melepaskan pemain muda, Ethan Ampadu secara pinjaman pada musim ini, lapor BBC.

Ketika ini, pemain berusia 18 tahun itu tidak menyertai Chelsea pada jelajah pra musim ke Jepun.

“Ethan tidak berada dalam perancangan pada musim depan dan kami bertanggungjawab untuk meminjankannya kepada kelab lain.

“Saya meminati dia dan cuba mengikatnya secara pinjaman di Derby tahun lalu,” jelas Lampard memetik laporan BBC.

Ampadu membuat penampilan pertama pada Disember 2017 sebanyak lima kali di bawah pengurusan Maurizio Sarri.

Dilaporkan Aston Villa dan Sheffiled United berminat untuk mengikat pemain tengah itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.