Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ringgit dibuka lebih kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal menyaksikan minat membeli yang diperbaharui terhadap nota tempatan.

Peniaga berkata, dolar AS terus kukuh memandangkan peniaga terus memberi tumpuan kepada keadaan ekonomi AS, yang akan memberi petunjuk berhubung pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan semasa mesyuarat dasarnya lewat bulan ini.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1100/1140 berbanding dolar AS daripada 4.1125/1165 penutup semalam.

Merujuk kepada Laporan Sektor Luaran Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), dolar AS menurut peniaga adalah terlebih nilai sebanyak enam peratus kepada 12 peratus berdasarkan asas ekonomi jangka pendek.

“Sementara euro, yen Jepun dan yuan China dilihat secara umum sejajar dengan asas,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih lemah berbanding yen pada 3.8158/8199 daripada 3.7991/7031 Rabu, merosot berbanding pound kepada 5.1112/1166 daripada 35.1003/1057 dan susut berbanding euro pada 4.6192/6241 daripada 4.6122/6183.

Ringgit bagaimanapun mengukuh kepada 3.0214/0248 berbanding dolar Singapura daripada 3.0221/0255. – BERNAMA