TERKINI: Anwar Terima Teguran MPP dan Ahli Parlimen – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima teguran Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli parlimen PKR ekoran kenyataan terbukanya berhubung isu video seks membabitkan seorang menteri Kabinet.
Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau menerima pandangan tersebut kerana tidak mahu dilihat parti pimpinannya sedang berhadapan dengan ketegangan.

“Saya terima pandangan daripada ahli PKR dan MPP walaupun ada yang menafikan termasuk Dr. Xavier. Tu biar dia jelaskan kemudian.