Neymar yang kini masih mempunyai kontrak selama empat tahun lagi dalam proses pemulihan kecederaan.
Neymar

LONDON – Barcelona sedia menawarkan £90 juta (RM463 juta) dan dua pemain lain kepada Paris Saint-Germain untuk mendapatkan semula bekas penyerang sensasi, Neymar.

Sky Sports melaporkan, juara La Liga itu telah menyenaraikan enam pemain yang boleh dipilih PSG sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Philippe Coutinho, Ousmane Dembele, Ivan Rakitic, Nelson Semedo dan Malcom termasuk dalam senarai dengan pemain keenam belum didedahkan lagi.

Neymar sebelum ini meluahkan hasrat mahu meninggalkan PSG dan pertukaran pemain dan bayaran tunai adalah pilihan terbaik kepada kedua-dua pihak.

PSG bersetuju pemain berusia 27 tahun itu gara-gara sikap divanya tetapi mahu mendapatkan semula nilai £198 juta (RM1.03 bilion) yang dibayar untuk mendapatkannya pada 2017.

Namun Barca enggan membayar jumlah penuh dan menegaskan sebarang pembayaran hendaklah ditangguh sehingga Julai 2020.

Selepas membayar £108 juta (RM556 juta) mendapatkan Antoine Griezmann, Barca berdepan peraturan kewangan ‘fair play’ dengan menawarkan yuran lebih rendah dengan pilihan dua pemain. – MalaysiaGazette