Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pada sidang media selepas mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Tempoh setahun untuk kerajaan Pakatan Harapan berbulan madu telah tamat dan tiba masa semua permasalahan rakyat di peringkat negeri diutamakan secara serius dan segala janji manifesto yang masih tidak tertunai dirancang ke arah perlaksanaan.

“Kami tidak ada sebarang urusan dengan apa yang berlaku di atas sana (konflik pemimpin), kami hanya berperanan sebagai pengerusi Pimpinan Negeri PKR yang menyatakan komitmen membangunkan negeri kami.

“Kita ada tujuh menteri dan tujuh timbalan Menteri PKR dalam Kabinet dan mahu mereka jangan asyik fokus dan agenda Pusat, pandanglah permasalahan rakyat yang kami berhadapan di peringkat negeri kami wakili.

“Kami tengok manifesto ada benda-benda yang tak buat lagi dan sokongan kami kepada presiden parti (Anwar Ibrahim) adalah supaya dia dan struktur pimpinan atasnya boleh menggalakkan pemimpin pemimpin berstatus menteri dan timbalan membantu kami menyelesaikan suara rakyat setiap negeri,” kata Datuk Johari Abdul.

Beliau yang merupakan Penyelaras Majlis Pengerusi-Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN)yang baru ditubuhkan hari ini berkata demikian dalam sidang media khas di ibu pejabat parti itu di sini.

Penubuhan MPPN menurut Johari adaah renteran daripada segala permasalahan rakyat di setiap negeri kurang diberi perhatian dan diabaikan pimpinan atasan parti itu.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Kedah berkata, kebanyakan negeri kecuali Selangor dan Wilayah Persekutuan ada masalah yang perlu diselesaikan dan mereka sebagai pengerusi negeri dipersoalkan rakyat marhain.

“Kamu(PKR) banyak cakap memberi pelbagai janji untuk membangunkan negara tapi kami yang berhadapan rakyat di negeri setiap hari dengan lambakan aduan.

“Kami menubuhkan MPPNPKR supaya menjadi pasukan dan mahu menjelaskan kepada presiden..”tengok sini presiden..kamu memperkenalkan kami sebagai pemimpin negeri dan kami berdepan masalah rakyat..jadi tolong bantu kami,” katanya.

Menurutnya, sidang media berkenaan tidak ada kena mengena dengan pertikaian dalam parti melibatkan Anwar dan timbalan presidennya Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Tidak tidak..tidak.. apa yang berlaku di atas itu bukan urusan kami..kami sokong presiden 100 peratus untuk pembangunan negara maka presiden perlulah sebagai balasan mengiktiraf kedudukan kami sebagai pengerusi negeri barulah adil.

“Kalau kami sokong dan sedia bantu presiden tetapi kami ditinggalkan dan dianaktirikan itu tak adil..sila dengar keluhan dan permasalahan rakyat yang kami bawakan kepada anda dan mencari penyelesaian bersama menteri menteri yang ada seperti mana dijanjikan dalam manifesto.

“Bila kami datang mesyuarat sebulan sekali dan kami nak kedudukan, perananan serta aduan masalah rakyat yang dibawa diiktiraf dan diterima untuk pelaksanaan,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Terengganu Azan Ismail berkata,

MGF19072019_PC MPN PKR10
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 JULAI 2019.

Majlis yang baru ditubuhkan hari ini dianggotai pengerusi kesemua 14 buah negeri membuat satu ketetapan bahawaa peranan ketua ketua negeri menjamin pengurusan kesinambungan fokus kepada pembangunan negeri masing masing sepertimana pembaharuan pembangunan yang diharapkan rakyat.

“Ini sepatutnya menjadi sempadan kepada ikhtiar pihak tertentu utnuk melemahkan parti menggambarkan kita ada perpecahan.

“Sebenarnya pimpinan negeri mustahak untuk kita menggambarkan PKR adalah parti kukuh berdiri teguh kepada pimpinan parti khususnya presiden ini komitmen kita supaya tidak ada sebarang salah faham kekeliruan atau cubaan menangguhkan air keruh di PKR ada masalah,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette