BENGAURU – Harga emas melepasi paras AS$1,450 buat kali pertama sejak Mei 2013, selepas Presiden Rizab Persekutuan New York membayangkan pengurangan kadar faedah dan ketegangan baharu di Timur Tengah.

Emas mencapai paras AS$1,452.60 bagi setiap auns dalam dagangan awal hari ini, tertinggi sejak 10 Mei 2013 sebelum turun kepada AS$1,442.56 pada 0336 GMT.

Logam itu melonjak hampir 2 peratus pada minggu ini, berada landasan sebenar untuk meraih keuntungan kedua berturut-turut.

Niaga hadapan emas pula meningkat 1.1 peratus kepada AS$1,44.10 setiap auns.

John Williams berkata, pembuat dasar perlu menambah rangsangan ekonomi lebih awal untuk berdepan dengan penurunan inflasi apabila kadar faedah hampir sifar dan tidak boleh menunggu sehingga bencana ekonomi tiba. – MalaysiaGazette