Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim dikatakan mahu meletakkan jawatan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang itu sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada parti.

Difahamkan, Hassan dikatakan menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu.

Namun ia tiada kaitan dengan ‘pergeseran’ antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekarang.

Bagaimanapun, surat peletakan Hassan tidak diterima oleh Anwar kerana menganggap PKR Johor memerlukan perkhidmatannya lagi.- MalaysiaGazette