Proton
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan industri automotif tempatan dijangka sederhana menjelang suku ketiga tahun selepas para pelanggan telah mengambil peluang menarik semasa promosi Hari Raya bulan lalu.

Affin HWang Capital (Affin HWang) mengekalkan penarafan neutral bagi sektor itu.

Bagaimanapun, katanya, unjuran keseluruhan jualan kenderaan (TIV) bagi enam bulan pertama sebanyak 296,300 unit mampu dicapai.

.TIV bagi sektor auto meningkat 2 peratus tahun ke tahun, memenuhi jangkaannya 49 peratus pada tahun ini.

Firma penyelidikan itu berkata, penguasaan pasaran Proton bagi tempoh enam bulan pertama ini adalah 56 peratus berbanding 50 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Proton dan Perodua menguasai pasaran tetapi jualan kereta Proton melonjak 23 peratus tahun ke tahun kepada 7.600 unit dipacu oleh jualan Proton X70 dan Iriz serta Persona.

Jualan Jun bagiĀ  Perodua jatuh 18 peratus tahun ke tahun kepada 16,000 unit, prestasi paling lemah setakat tahun 2019, walaupun Affin Hwang menjangkakan permintaan popular bagi model utama pembuat kereta untuk mengekalkan jumlah jualan terus mara.

Antara jenama asing, hanya BMW mengalami pertumbuhan disumbangkan oleh produk BMW / MINI yang agresif mendorong jualan Jun 4 peratus lebih tinggi bulan ke bulan kepada 965,000 unit.

Manakala jualan Toyota susut 23 peratus bulan ke bulan, Honda (-49%), Mazda (-23%), Nissan (-27%) dan Mercedes Benz (-31%). – MalaysiaGazette