Sebuah kediaman musnah dalam kebakaran di South Island, Christchurch. foto AGensi

WELLINGTON – Penduduk di South Island , dekat Christchurch terpaksa dipindahkan selepas letupan gas berlaku hingga mengakibatkan sebuah rumah terbakar dan beberapa orang cedera.

Bandar itu masih menjadi pemantauan pihak berkuasa selepas seorang lelaki bertindak membunuh 51 orang Islam dalam dua serangan di masjid Christchurch.

Pasukan bomba dan kecemasan New Zealand menerima panggilan kebakaran rumah pada pukul 10.15 pagi selepas beberapa laporan tentang letupan gas, menurut jurucakapnya.

Empat jentera bomba dengan unit khas perintah dan penyiasat kebakaran berada di kawasan insiden.

Dalam laporan awal polis memberitahu, beberapa orang mengalami kecederaan dalam insiden dalam kawasan perumahan pinggir bandar Northwood.

Media pula melaporkan enam orang telah dikejarkan ke hospital.

Polis telah menutup jalan susulan sebuah rumah terbakar dan mengeluarkan para penduduk di sekitarnya.

Seorang saksi memberitahu, bunyi letupan itu telah menggegarkan bangunan sekeliling.

“Ia macam gempa bumi,” katanya pekerja sebuah hotel itu.

Setakat ini, punca kebakaran belum disahkan. – MalaysiaGazette