Pelakon, Neelofa merangkul Anugerah Top Top Meletop Wanita pada Anugerah Meletop Era 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Neelofa mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular edisi terbaharu dan akan datang buat sementara waktu.

Neelofa, 30, menerusi satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut diambil atas sebab kesibukan dalam perniagaan.

“Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni. Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.

“Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes,” jelasnya.

Bagaimanapun, pengacara program MeleTOP ini tidak menolak kemungkinan akan kembali menyertai pada tahun-tahun berikutnya apabila kembali menumpukan perhatian dalam bidang seni.

“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya. Tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. InsyaALLAH, Jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.

“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Walaupun Lofa tidak lagi bertanding, Lofa masih memberikan sokongan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.