Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen positif menyokong pasaran, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.1090/1120 berbanding dolar AS daripada 4.1130 1150 Khamis.

Katanya, dolar AS jatuh semula pagi ini memandangkan tumpuan kekal pada konflik perdagangan dan kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

“Laporan Sektor Luaran Tabung Kewangan Antarabangsa yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa dolar AS terlebih nilai sebanyak enam peratus kepada 12 peratus, berdasarkan asas-asas ekonomi jangka pendek, yang mengakibatkan dolar menjejak semula sekali lagi,” katanya.

Peniaga berkata, ringgit yang lebih tinggi juga didorong oleh kenaikan harga minyak global.

Pada masa penulisan, petunjuk harga minyak mentah Brent meningkat 1.32 peratus kepada AS$62.75 satu tong.

Bagaimanapun, nota tempatan didagangkan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0307 daripada 3.0234/0253 penutup Khmais dan turun berbanding yen kepada 3.8216/8255 daripada 3.8161/8187.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound British kepada 5.1556/1601 daripada 5.1269/1310 dan susut berbanding euro kepada 4.6263/6313 daripada 4.6189/6228. – MalaysiaGazette