Poster Majlis Doa Selamat sempena 'kemenangan' Azmin Ali melawan fitnah.

KUALA LUMPUR – Kediaman Menteri Besar Selangor dilaporkan akan menganjurkan satu majlis doa selamat dan kesyukuran Ahad malam.

Dalam satu poster, ia diadakan sebagai tanda ‘kemenangan’ Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam menghadapi fitnah ke atas dirinya.

“Majlis doa selamat dan kesyukuran sempena kemenangan menolak fitnah politik terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” demikian menurut poster berkenaan.

Majlis itu turut menjemput semua jentera parti dan gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk hadir.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dijangka hadir bersama dengan Menteri Besar Selangor, Aminuddin Shaari.

Semalam Ketua Polis Negara, Datuk Hamid Bahador dalam satu kenyataan mengesahkan video intim yang tular dan dikaitkan dengan Azmin sebagai tulen namun pengecaman wajah individu yang terbabit dalam video tersebut negatif. -MalaysiaGazette