Dua pelancong Jerman didapati melakukan kesalahan membancuh kopi di Jambatan Rialto, dekat Venice. foto Agensi

VENICE – Polis mendenda dua pelancong selepas didapati membancuh kopi di atas tangga Jambatan Rialto.

Dua pelancong yang berusia 32 dan 35 tahun itu didenda sejumlah 950 euro.

Mereka juga diminta meninggalkan bandar tersebut.

Venice telah memperkenalkan beberapa kesalahan di tempat awam termasuk berkelah di kawasan tertentu dan tidak memakai baju-T di tempat awam.

Bandar popular itu menerima 30 juta pelancong setiap tahun.

Dalam keadaan tersebut, pelancong berkenaan dikesan membancuh kopi dengan menggunakan dapur pengembara di Jambatan Rialto – salah satu daripada empat jambatan tertua di Grand Canal.

Perbuatan mereka dilaporkan kepada polis oleh orang awam yang lalu lalang. – MalaysiaGazette