Ketua Perhubungan UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap pada sidang media khas mengenai pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Presiden UMNO di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JUN 2018
Tengku Razaleigh Hamzah

GUA MUSANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menerajui tampuk kepimpinan negara sehingga tamat penggal, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berpendapat peralihan kuasa yang dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada negara serta rakyat.

“Kita juga melihat kepada situasi perdana menteri sekarang tidak mungkin melepaskan jawatan itu kepada penggantinya dalam masa terdekat kerana banyak janji yang belum ditunaikan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tengku Razaleigh berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS ketika ini merupakan satu sejarah baharu kepada politik negara selepas sejak sekian lama kedua-dua parti politik itu bertelingkah kerana ideologi berlainan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.