Kapal tangki Stena Impero. foto Agensi

LONDON – Britain memberi amaran bahawa akan berlaku ‘akibat serius’ jika Iran tidak membebaskan kapal tangkinya yang dirampas di Teluk.

Amaran itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kementerian Luar Britain, Jeremy Hunt.

Pemilik kapal tangki itu, Stena Impero mendakwa mereka tidak dapat menghubungi kapal berkenaan, yang mempunyai 23 kru yang dalam perjalanan “menuju utara ke arah Iran”.

Ia dikelilingi oleh empat kapal dan sebuah helikopter, Hunt.

Manakala kapal kedua, Mesdar menggunakan bendera Liberia dipercayai ditahan oleh pengawal bersenjata tetapi kini bebas untuk meneruskan perjalanannya.

Pengendali kapal yang berpangkalan di Glasgow, Norbulk Shipping United Kingdom berkata, pihaknya dapat berkomunikasi semula dengan kapal selepas ia ditahan oleh pengawal bersenjata sekitar 17:30 BST pada hari Jumaat dan anak-anak kapalnya “selamat dan baik”.

Terdapat 25 kakitangan di atas kapal Mesdar apabila ia dikelilingi oleh 10 bot laju, kata Hunt.

Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan (Cobra) bermesyuarat buat kali kedua bagi membincangkan insiden berkenaan.

Hunt berkata, penahanan itu tidak boleh diterima langsung dan kebebasan navigasi mesti dikekalkan.

“Kami sangat jelas bahawa jika situasi ini tidak diselesaikan segera pasti akan membawa akibat serius,” katanya sambil menegaskan Britain tidak melihat pilihan tentera sebaliknya mahu menggunakan saluran diplomatik.

Stena Impero berlayar di bawah bendera United Kingdom dan didaftarkan di London.

Perkembangan terkini ini meningkatkan ketegangan antara United Kingdom, Amerika Syarikat dan Iran.

Media Iran melaporkan kapal berkenaan telah ditahan oleh Pengawal Elit Revolusi Iran – MalaysiaGazette