Mendiang Cesar Pelli. foto Agensi

BUENOS AIRES – César Pelli, arkitek tersohor yang terlibat dalam rekaan Menara Berkembar Petronas meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Pelli, yang dibesarkan di Argentina dan mendapat pendidikan seni bina di University of Tucumán menyifatkan dirinya sebagai pendidik dan pembentuk wawasan telah mencipta nama di Amerika Syarikat.

Kematian beliau diumumkan oleh Gabenor Tucuman, tempat Pelli dibesarkan.

“Dengan rasa sedih kami menerima berita tentang kematian arkitek tersohor, Cesar Pelli, kata Juan Manzur.

Pelli pernah menjadi Dekan di Sekolah Arkitek di Universiti Yale pada tahun 1977 dan merupakan pengasas Cesar Pelli & Associates.

Selain Petronas, yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, Pelli juga terkenal dengan rekaannya yang lain termasuk World Financial Center di New York, Canary Wharf Tower di London dan kerja-kerja pengubahsuaian Museum of Modern Art di New York.

Ibu pejabat syarikat minyak gergasi YPF juga direka oleh Pelli.

Manzur berkata, Pelli telah meninggalkan hasil karyanya di Argentina dan di dunia.

“Beliau adalah duta Argentina sebenar,” ujarnya. – MalaysiaGazette