SERDANG – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan khabar angin rombakan Kabinet susulan penularan gambar Jemaah Menteri sebelum mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Perdana Menteri berkata, gambar itu sebenarnya diambil kerana kehadiran penuh semua anggota Kabinet.

“Jadi kami nak ambil gambar semua ahli (Jemaah Menteri),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di MAEPS Serdang hari ini.

Diminta mengesahkan khabar angin mengenai rombakan Kabinet di media sosial, Mahathir sebaliknya melontarkan soalan ke arah wartawan yang berbunyi:” Apa anda cadangkan?”.

“Saya mendengar pandangan anda”,  kata Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.