TERKINI : Tun M Sindir Kenyataan Veteran UMNO

SERDANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat minggu ini kononnya Pakatan Harapan akan mengalami kehancuran dari dalam.

Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun berkata, Tengku Razaleigh lebih berpengalaman dalam hal tersebut.

“Dia banyak berpengalaman dalam perkara ini khususnya dalam Semangat 46..Dia tahu semua termasuk (nasib) diri sendiri,” katanya secara berseloroh dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Khas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di MAEPS Serdang hari ini.