David De Gea.

LONDON – David De Gea telah bersetuju untuk memeterai kontrak baharu bersama Manchester United, lapor Telegraph.

Kontrak baru itu menyaksikan De Gea akan kekal bersama United untuk tempoh enam tahun lagi sehingga pada Jun 2026 dan dianggarkan bernilai sekitar £117 juta.

Ia akan menjadikan pemain antarabang Sepanyol itu sebagai penjaga gol dengan pendapatan paling tinggi di dunia.

De Gea, 27,  yang sebelum ini dibayar £375,000 seminggu meminta kenaikan untuk £500,000 seminggu, sama seperti penyerang Alex Sanchez.

Dia sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint German (PSG) atau Real Madrid. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.