JAKARTA – Menjadi rutin Presiden Joko Widodo untuk memuat naik video di laman sosial setiap hari dan beliau yang mengemas kini dunia sibernya menyatakan hasrat untuk mencuba trend semasa potongan rambut ‘undercut’

Menerusi akaun Instagram @jokowwi, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi menyatakan hasratnya itu kepada 22.6 juta pengikut menerusi rakaman video berdurasi selama 52 saat ketika di samping tukang gunting, Kang Herman.

Presiden itu secara spesifik bertanyakan mengenai gaya rambut golongan remaja hari ini.

jokoHerman yang telah menjadi tukang gunting rambut Jokowi sejak beliau menjawat jawatan Gabenor Jakarta mencadangkan gaya rambut ‘undercut’ kepada Presiden itu, lapor The Jakarta Post.

“Ia adalah gaya yang mana rambut di tepi lebih pendek dengan rambut disikat ke belakang,” katanya.

Jokowi berkata, beliau mahu mencuba gaya rambut tersebut pada minggu berikutnya, dengan berkata-kali menyebut perkataan ‘undercut’ dalam usaha cuba untuk mengingati gaya rambut tersebut.

Video tersebut telah ditonton lebih 710,000 kali dengan lebih 190,000 menyukainya selain mendapat 4,076 komen.

Bagaimananpun, menurut Herman, Jokowi bukannya individu yang berminat untuk memilih stail rambut baharu kerana beliau ‘setia dengan satu stail rambut’. – Agensi