KUANTAN – Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Isap di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan tujuh tahun.

Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100 peratus dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.