Petugas DHL melakukan kerja-kerja pengendalian proses penghantaran vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech yang baru tiba di tanah air sumbangan Amerika Syarikat sebanyak 1 juta dos secara percuma untuk rakyat Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Raya, Subang Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – CA

Turut serta pada sidang media itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Sementara itu, Dr Sha’ari berkata, keadaan di pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati hari ini semakin baik tanpa berlaku kesesakan teruk seperti yang berlaku beberapa hari lalu.

Katanya, kakitangan di CAC berkenaan juga sudah ditambah dengan penambahbaikan dalam sistem penilaian.

“Hari ini dianggarkan 3,000 kes membuat penilaian di CAC Stadium Malawati dan berjalan lancar.

“Sementara, di CAC Sri Andalas di Klang pula dianggarkan 2,000 kes hari ini dan proses penilaian berjalan lancar,” tambahnya. – MalaysiaGazette