PASIR SALAK – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mendedahkan dalang yang menyebarkan video intim yang dikaitkan dengan dirinya.

Katanya beliau tidak berhak atau tidak mempunyai peranan untuk membuat pendedahan kerana siasatan masih dilakukan pihak berkuasa.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa sudah pun membuat laporan awal hasil siasatan bahawa ada tangan ghaib yang terbabit dan dengan jumlah wang yang begitu besar untuk melancarkan fitnah serangan ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis silaturrahmi bersama warga peserta Felcra Seberang Perak di Kampung Gajah, di sini hari ini.– BERNAMA