ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dana asing menjual sebanyak RM6.9 juta ekuiti tempatan minggu lalu – paras terendah dalam aliran keluar setakat tahun 2019.

MIDF Research berkata, pelabur asing membeli dana-dana tempatan sebanyak RM17.8 juta pada hari Isnin selepas eksport China susut 1.3 peratus pada Jun 2019, lebih rendah daripada jangkaan.

Pelabur asing melupuskan lagi RM42.6 juta pada hari Selasa menjelang pengumuman data jualan runcit Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan itu memberitahu, pelabur asing terus menjual ekuiti tempatan pada hari Rabu tetapi menyusut kepada RM39.8 juta, dipacu oleh kemungkinan pelaksanaan tarif tambahan kepada China oleh Presiden Donald Trump meskipun telah berjanji untuk gencatan perang perdagangan.

Katanya, sentimen positif kembali ke pasaran pada hari Khamis dengan dana asing membeli sejumlah RM40.2 juta ekuiti tempatan.

Jumaat lalu melihat aliran masuk bersih asing kepada RM17.5 juta, bertepatan dengan peningkatan pertama di FBM KLCI dalam tempoh empat hari untuk ditutup 0.6 peratus lebih tinggi kepada 1,658 mata.

Suasana pada hari Jumaat disokong oleh perkembangan perbincangan telefon antara pegawai Amerika Syarikat dan China berhubung perdagangan antara kedua-duanya.

MIDF Research berkata, jumlah aliran masuk asing pada bulan Julai adalah RM308.2 juta manakala setakat ini aliran masuk dana asing ke Malaysia menyusut RM4.36 bilion, berbanding aliran masuk direkodkan di enam pasaran yang dipantau iaitu Korea, Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan Filipina.

India menerima kemasukan dana asing terbesar setakat ini.

Secara keseluruhannya, nilai purata dagangan harian (ADTV) pelabur asing pelabur asing pada minggu lalu jatuh dan penurunan terbesar mingguan ADTV membabitkan pelabur institusi tempatan. – MalaysiaGazette