Selat Hormuz

LONDON – Persatuan perkapalan telah meminta pemilik-pemilik kapal supaya memaklumkan kepada angkatan laut Britain mengenai pergerakan mereka sebelum berlayar ke Teluk Timur Tengah dan Selat Hormuz ekoran krisis antarabangsa yang semakin meningkat di rantau ini.

Kira-kira satu per lima minyak dunia melalui Selat Hormuz dan syarikat perkapalan telah mengerahkan lebih banyak pengawal keselamatan tanpa senjata sebagai perlindungan tambahan.

Dalam nota bersama yang dikeluarkan oleh persatuan perdagangan terkemuka pada hari Isnin, kapten kapal diminta untuk mendaftar dengan badan perhubungan Diraja Tentera Laut, Operasi Perdagangan Marin United Kingdom dan menyediakan pelan transit mereka 24 hingga 48 jam sebelum memasuki rantau ini.

Butiran yang diminta termasuk kewarganegaraan anggota kru dan mana-mana kekangan berhubung kelajuan kapal.

Maklumat yang diberikan akan dihantar kepada tentera laut Amerika Syarikat dan pasukan tentera laut lain yang terlibat dalam usaha untuk mewujudkan inisiatif keselamatan multinasional yang diterajui Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Operasi Sentinel.

Washington memaklumkan rancangan itu untuk meningkatkan pengawasan dan keselamatan di laluan air utama di Timur Tengah.

Walaupun Amerika Syarikat telah komited untuk menyokong inisiatif ini, sumbangan dan kepemimpinan daripada rakan serantau dan antarabangsa diperlukan,” kata Persatuan Perkapalan BIMCO. – MalaysiaGazette