Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

TASEK GELUGOR – Seorang bekas banduan berumur 34 tahun bertindak membakar rumah keluarganya sendiri selepas marah tiada makanan untuknya dalam satu kejadian di Tasek Gelugor semalam, kata Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya, bapa suspek yang berumur 63 tahun bagaimanapun sempat memadamkan api yang bermula di bahagian hadapan rumah di Kampung Selamat itu sebelum merebak ke bahagian lain dan kemudiannya menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu.

“Polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian telah menahan suspek yang masih berada di rumah itu dan menemui sebatang paip getah yang ada kesan terbakar dan bekas jag air dengan kesan minyak petrol di kawasan perkarangan rumah itu dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut,” katanya di Tasek Gelugor.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai menyedut petrol daripada motosikal bapanya menggunakan paip getah berkenaan ke dalam jag air lalu menyimbah dinding bahagian depan rumah itu sebelum menyalakan pemetik api.

“Tindakan lelaki itu mulanya disedari ibunya yang kemudian mengejutkan bapa suspek yang sedang tidur di dalam rumah itu ketika itu dan sempat memadamkan api berkenaan sebelum merebak ke tempat lain,” katanya.

Noorzainy berkata, suspek yang belum lama dilepaskan dari penjara itu dikatakan sering marah dan mengamuk sehinggakan ibu bapanya yang ketakutan telah membuat dua laporan polis sebelum ini.

“Ujian air kencing itu turut mendapati lelaki itu positif mengambil dadah dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.