Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kanan) bersama Menteri Pendidikan dan Latihan Vietnam, Prof. Dr. Phung Xuan Nha (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Jabatan Kejuruteraan Eletrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Husaini Aza Mohd Adam (dua kiri) mengenai robot Polysumo Polyduino yang dihasilkan mereka ketika melawat pameran pada Majlis Perasmian Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-50 di Bandar Sunway, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2019.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik enggan mengulas lanjut isu sebilangan bekas pekerja kontrak kebersihan di sekolah yang dibuang dan menuntut pampasan setimpal.

Maszlee hanya berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas meneliti isu tersebut.

“Saya sedang sibuk dalam persidangan ini. Saya akan lihat balik, saya akan beri kenyataan menerusi pegawai saya,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-50 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pemberhentian sebilangan pekerja kontrak kebersihan sekolah berikutan pelaksanaa format tender baharu Kementerian Pendidikan.

Semalam wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kebersihan (JPKK), Wan Zamzahidi Wan Zahid berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di Wisma Persekutuan bagi mendapat pampasan memandangkan ada dalam kalangan mereka sudah bekerja lebih 20 tahun.

Isu ini timbul pada Januari lalu apabila JPKK menuntut Kementerian Pendidikan membela nasib pekerja di hampir 10,000 buah sekolah seluruh negara yang ditamatkan kontrak.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.