Gambar hiasan

SEOUL – Sebuah pesawat Rusia mencabuli ruang udara Korea Selatan di Laut Timur sebanyak dua kali hari ini menyebabkan tentera udara negra itu mengerahkan jet pejuang negara itu ke lokasi dan melepaskan tembakan amaran, kata para pegawai tentera.

Pesawat pengebom itu memasuki ruang udara Laut Timur, berhampiran pulau Dokdo di timur Korea Selatan selama tiga minit sebanyak dua kali, yang mana tindakan tersebut melanggar perjanjian antarabangsa, menurut para pegawai Gabungan Pemimpin Tentera (JCS) seperti Yonhap.

Insiden pesawat perang Rusuia menceroboh ruang udara Korea Selatan belum pernah berlaku sebelum ini walaupun terdapat pencerobohan di Zon Pengenalan Pertahanan Udara Korea Selatan (KADIZ) sebelum ini.

Pada 20 Jun lalu, dua buah pesawat tentera Rusia mencabuli KADIZ dan berada di zon itu kira-kira 30 minit. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.