Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PETALING JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan Pelan Induk Skim Kepentingan yang julung kali diwujudkan bagi mengembangkan industri skim kepentingan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, skim kepentingan berpotensi besar untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Skim Kepentingan bertujuan untuk menetapkan hala tuju hadapan, menggariskan langkah-langkah dan strategi pelaksanaan yang mampan dan bersepadu bagi mengembangkan industri skim kepentingan di negara ini.

“Hampir semua sektor ekonomi boleh menggunakan landasan skim kepentingan untuk menjana pendapatan perniagaan atau mendapatkan sumber modal, dana atau pembiayaan alternatif.

“Ia bertujuan menjalankan aktiviti perniagaan bagi menjana ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan SSM 2019 di Pusat Konvensyen Sunway, di sini, hari ini.

MGF23072019_MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGANG KEBANGSAAN SSM 201913
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz (kiri) meluangkan masa mencuba mesin cetak EzBiz Tablet On The Go pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2019 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2019

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz; Ketua Setiausaha KPDNHEP selaku Pengerusi SSM, Nor Azimah Abdul Aziz.

Saifuddin juga berkata, skim kepentingan berpotensi menjadi kaedah dan penyelesaian pembiayaan yang inovatif dan fleksibel untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan mengoptimakan skim kepentingan dalam menyalurkan pelbagai peluang dan sumbangan kepada ekonomi nasional,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.