Datuk Seri Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Siasatan secara telus, profesional dan mengikut Operasi Prosedur Standard dalam menyiasat kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan kes itu dan tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada pasukan task force yang ditugaskan menyiasat kes ini.

“Ramai orang tanya benda yang sama kepada saya mengenai perkembangan kes ini (kes video seks) tetapi saya hanya mampu berkata siasatan masih berjalan.

Abdul Hamid, yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, di sini, hari ini.

–BERNAMA