Paul Pogba
Paul Pogba

MADRID – Real Madrid sanggup memperuntukan sebanyak £150 juta (RM768.67 juta) untuk mendapatkan pemain Manchester United, Paul Pogba.

Jumlah diperuntukan oleh Madrid kepada Pogba itu menyamai gaji pemain Gareth Bale yang dikira secara purata iaitu £600,000 (RM3.07 juta) seminggu.

Daily Mail UK melaporkan, Pogba sememangnya telah lama mengimpikan untuk menyertai Madrid.

Malah, pengurus sohor pasukan itu Zinedine Zidane sedang membuat pertimbangan untuk membawa Pogba ke Bernabeu pada musim panas ini.

Menurut Diario AS, nilai bayaran yang besar buat pemain itu bagaimanapun tidak akan membuatkan Real Madrid terkeluar daripada saingan.

Bagaimanapun, satu halangan besar adalah pendapatan Bale yang lumayan, dengan Real Madrid teragak-agak untuk membayar kedua-dua pemain itu dengan gaji yang terlalu tinggi.

Zidane yang telah merekrut lima pemain pada musim panas ini menjadikan Pogba sebagai sasaran nombor satu dan pemain itu difahamkan menjadi isu yang akan dimuktamadkan. – MalaysiaGazette