Pep Guardiola

ENGLAND – Pep Guardiola menyangkal berita yang dilaporkan agensi media Xinhua bahawa Manchester City tidak hormat, sombong dan tidak melayan penyokongnya semasa hadir untuk perlawanan jelajah Pramusim ke Asia Ahad lalu.

Xinhua melancarkan serangan itu ke atas the Citizens semasa jelajah pramusim mereka ke Shanghai dan Nanjing untuk Piala Asia.

Xinhua menuduh kelab itu hanya hadir untuk kepentingan pengaruh komersial dan kewangan di China tetapi tidak menghormati semangat sokongan tegar penduduk terbesar dunia itu.

Agensi milik kerajaan China itu juga mengkritik sikap Guardiola yang didakwa sombong dan memberi layanan berat sebelah kepada penganjurnya.

Artikel itu mendakwa City hanya turun ke China untuk mengisi dompet mereka dan bukan untuk memenangi hati dan sokongan rakyat.

Pada 2015, pemilik kelab dari Abu Dhabi itu menjual 13 peratus pegangan dalam kelab Inggeris itu kepada City Football Group (CFG) bersama China Media Capital.

City beraksi dengan West Ham di Nanjin Rabu minggu lalu dan Wolverhampton Wonderes di Shang Hai tiga hari kemudian dan kini berada di Hongkong sebelum melengkapkan jelajah pramusim di Tokyo, Japan.

Guardiola menafikan tuduhan tidak berasas oleh Xinhua.

“Saya tidak bersetuju dengan tuduhan tidak berasas itu. Mereka (Xinhua) sepatutnya menyedari situasi dan keadaan kami ketika itu.

“Kami mendengar penyokong berdiri di merata tempat sehingga di hadapan hotel penginapan kami dan mahu kami melayan tuntutan mereka” katanya.

Menurutnya pasukannya gembira berada di China kerana pengalaman yang unik, kaya dengan budaya, makanan yang lazat.

“Itulah saya tak faham apa yang orang cakap. mungkin media dan wartawan sedikit kecewa tetapi saya tak pasti kenapa.. namun apa yang dilaporkan media adalah tidak berasas,” tegasnya.

Jelajah Man City ke China sedikit terganggu sebelum mendarat di Shanghai disebabkan kesilapan syarikat pelancongan, Thomas Cook Sport mengakibatkan pelepasan dari Manchester mengalami kelewatan 24 jam.

Ia menyebabkan City berlatih di England dan memberikan masa yang tipis untuk skuad Guardiola bersiap menghadapi West Ham walaupun menang 4-1.

Guardiola juga mendakwa skuadnya tidak tidur lena di China.

“Bayangkan kami datang sini lewat 23 jam, meneruskan perjalanan dengan tren untuk beraksi di Nanjing dan pulang semula ke Shanghai dan kini di Hong Kong dan selepas ini perlu ke Tokyo.

“Walaupun penat, kami masih sempat senyum kepada penyokong kami,” katanya.- MalaysiaGazette