TERKINI : UMNO Dah Tak Ada DUIT??? MT UMNO Lancar “Tabung Dana UMNO” – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO akan melancarkan sebuah tabung kutipan dana bagi menampung kos pengurusan parti serta segala perancangan untuk aktiviti politik, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah beliau berkata, pelancaran tabung itu juga adalah sebagai satu daripada persiapan sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Zahid, UMNO kini berdepan dengan kekangan kewangan yang sangat kritikal susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti sejak setahun yang lalu.