TERKINI : Pensyarah UiTM Bebas Dengan Ikat Jamin RM15,000

SHAH ALAM – Seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di atas pertuduhan menyalahguna jawatan dan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, tiga tahun lepas.

Pensyarah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.