Polis dan penunjuk perasaan bertempur di kawasan berdekatan dengan pejabat kerajaan China di Sai Wan, Hong Kong. foto Reuters

HONG KONG – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata pada penunjuk perasaan berhampiran pejabat kerajaan China dan di kawasan pusat beli-belah.

Ia merupakan minggu kelapan berturut-turut penganjuran demonstrasi anti-kerajaan dan pro-demokrasi.

Puluhan ribu penunjuk perasaan menguasai laluan di Sai Wan dan Causeway Bay di Pulau Hong Kong.

Mereka menentang tindakan ganas polis dan menuntut reformasi demokrasi.

Semalam, polis turut bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah pada penunjuk perasaan di Yuen Long.

Sebelum ini, Hong Kong merupakan salah satu bandar paling selamat di dunia tetapi sejak kebelakangan ini keadaan bertukar ganas antara penunjuk perasaan dan polis serta sekumpulan lelaki bertopeng dengan kayu yang disyaki ahli-ahli kumpulan jenayah.

Polis telah membenarkan orang ramai untuk duduk secara statik pada hari ini di Chater Gardens, medan awam di daerah perniagaan

Tetapi, situasi bertukar apabila penunjuk perasaan bertindak berkumpul di luar kawasan yang dibenarkan, menghalang laluan dan berarak ke Sai Wan, lokasi penempatan pejabat-pejabat kerajaan China dan Causeway Bay tempat beli-belah. – MalaysiaGazette