Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo.

MADRID – Cristiano Ronaldo mengakui rindu dengan Real Madrid selepas meninggalkan pasukan itu tahun lalu.

Ketika bersama Madrid beliau menunjukkan permainan yang menyerlah apabila berjaya meledakkan sebanyak 450 gol sepanjang 438 penampilan di padang.

“Saya rasa bersalah apabila saya meninggalkan Real Madrid.

“Saya merindui kedua-duanya (Manchester dan Madrid) tetapi disebabkan saya tinggal lebih lama di Madrid, anak saya dan teman wanita saya lahir di sini, jadi saya lebih merindui Madrid,” katanya ketika berucap selepas menerima anugerah berprestij Marca Leyenda, semalam.

Menurutnya, trofi yang dimenanginya itu akan diletakkan di dalam muzium di Madrid kerana baginya Madris merupakan satu tenmpat yang sangat istimewa.

“Anugerah ini juga saya peroleh dengan apa yang saya lakukan di Madrid. Ia adalah trofi Sepanyol dan saya berasa amat dihormati.

“Terima kasih kepada semua orang yang membantu saya mencapainya. Ia satu kebanggaan kepada saya. Saya berharap untuk pulang ke Madrid tidak lama lagi.” katanya.

Pemergian Ronaldo sebelum ini dikaitkan dengan isu permintaan gaji yang tinggi dan Real Madrid dikatakan enggan memenuhinya.

Namun begitu, beliau menyatakan ianya bukan sebab gaji. Tetapi kerana Perez.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez hanya melihat Ronaldo sebagai alat perniagaan, alat untuk mengaut wang daripada publisiti.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

Beliau membantu Real Madrid memenangi 15 trofi termasuk empat UCL dan dua perlawanan La Liga ketika bermain untuk kelab tersebut.

Ronaldo kecewa kerana Perez lebih menganggap beliau sebagai rakan perniagaan daripada pemain Real Madrid. – MalaysiaGazette