Gambar hiasan

CALIFORNIA – Jualan iPhone mewakili 48 peratus daripada pendapatan Apple Inc pada suku ketiga – buat kali pertama produk ini menyumbang kurang daripada separuh jualan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Sebaliknya, perkhidmatan dan barangan yang boleh dipakai menyaksikan peningkatan jualan.

Pendapatan iPhone direkodkan sebanyak AS$25.986 bilion pada suku ketiga, tidak menjangkau anggaran purata penganalisis sebanyak AS$26.54 bilion atau kemerosotan kira-kira AS$3 bilion tahun ke tahun.

Jualan iPhone pada tahun 2018 bukan lonjakan besar berbanding tahun sebelumnya dan model tahun ini juga diramal tidak memberi sumbangan besar.

Kali terakhir jualan iPhone di bawah 50 peratus daripada keseluruhan pendapatan adalah tujuh tahun lalu pada suku keempat 2012.

Ini bermakna perkhidmatan lain dan barangan boleh dipakai menjadi lebih penting kepada Apple.

Negatifnya pula adalah permintaan terhadap iPhone semakin berkurangan. – MalaysaiGazette