TOKYO – Harga minyak jatuh lebih daripada AS$1 pada hari Khamis, merosot untuk pertama kalinya dalam tempoh enam hari, selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat hanya menurunkan kadar faedah di bawah jangkaan dan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China berakhir tanpa sebarang kemajuan.

Penurunan harga minyak di tengah-tengah jangkaan kemerosotan inventori di Amerika Syarikat dan penyusutan dalam pengeluaran minyak mentah dalam kalangan OPEC, termasuk pemotongan eksport Libya, yang selalunya menjadi pemacu kepada pasaran.

Minyak mentah LCOc1, penanda aras antarabangsa susut AS$1.06 atau 1.6 peratus kepada AS$63.99 setong pada 0037 GMT manakala minyak mentah Amerika Syarikat susut AS$0.93 setong selepas jatuh lebih daripada AS$1 pada sesi terdahulu.

Rizab Persekutuan telah mengurangkan kadar faedah pada hari Rabu tetapi bertentangan dengan jangkaan Ketua Bank Pusat Amerika Syarikat yang berkata, langkah itu mungkin bukan permulaan siri pemotongan yang panjang untuk menangani ekonomi daripada risiko termasuk kelemahan ekonomi global. – MalaysiaGazette