TERKINI : Ancaman Dadah di Malaysia Kritikal dan Amat Serius!!! – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan kerjasama pihak-pihak yang dapat membantu pasukan keselamatan untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau berpegang kepada kenyataannya sebelum ini bahawa ancaman dadah di Malaysia berada pada tahap yang serius.