Ammar Alfian dan Nelissa.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam selamat melahirkan anak lelaki kelmarin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nelissa menerusi Insta Story di akaun Instagramnya.

“Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019,” tulisnya.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan perbuatan curang Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Biarpun sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu, namun Nelissa mengesahkan mereka masih lagi belum bercerai. – MalaysiaGazette