Leroy Sane

MANCHESTER – Manchester City menolak cadangan Bayern Munich untuk mendapatkan Leroy Sane, kata sumber kepada Metro.co.uk.

Bayern secara agresif memujuk Sane dalam cubaannya membawa pemain itu kembali ke Jerman pada musim panas ini namun kelewatan menyerahkan bidaan rasmi menyebabkan City tidak meluluskan cadangan itu.

Pada April lalu Metro.co.uk mendedahkan City bimbang Sane akan berhijrah ke Bavaria dan pemain warga Jerman itu difahamkan berminat untuk bermain di Allianz

Kontrak Sane akan tamat pada 2012 dan City yang telah menawarkan Sane gaji baharu sebanyak £180,000 seminggu namun kdelab itu mengesyaki wakil pemain tersebut secara ‘sinis’ membenarkan rundingan diteruskan tanpa jawapan yang muktamad terhadap cadangan mereka.

Pemburuan Bayern terhadap Sane mencetuskan kemarahan City dan kelab itu juga marah dengan dakwaan pengurs Bayern, Niko Kovac bahawa dia ‘yakin’ perjanjian untuk mendapatkan pemain sayap itu hampir dimuktamadkan.

Pengurusan Bayern juga marah dengan tindakan Kovac dan meminta pengurus itu memohon maaf kepada Pep Guardiola, berikutan kebimbangan Kovac akan memberi kesan kepada rundingan.

Presiden Bayern, Uli Hoeness yang kini bertanggungjawap melakukan rundingan dengan City.

Metro.co.uk difahamkan yuran sebanyak £72 juta telah dicadangkan.

Bagaimanapun, angka tersebut kurang daripada nilai yang dilakukan City ke atas Sane. – Agensi