Suasana di PPR Kampung Kerinchi cemas apabila lif dari tingkat 5 terhempas dan mencederakan lapan penghuni.

KUALA LUMPUR – Audit penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebaliknya menurut menterinya, Zuraida Kamaruddin ia merupakan bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Walaubagaimanapun Zuraida akan mengkaji aspek yang boleh dilakukan oleh kementeriannya bagi membantu pemantauan prosuder audit dipatuhi atau tidak.

“Ada prosedur operasi standard (SOP) mengenainya tapi di bawah Sumber Manusia bukan di bawah KPKT.

“Saya akan kaji balik, tengok yang mana boleh membantu untuk memperketatkan lagi, memantau prosuder yang harus dilaksanakan supaya dibuat,” katanya kepada pemberita
di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Taman Melawati selepas melancarkan The River Trail.

zuraidan 2
Zuraida Kamaruddin

Kira-kira pada jam 2.30 petang semalam, sebuah lif bangunan PPR Kampung Kerinchi yang dinaiki lapan individu termasuk kanak-kanak terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah.

Ia mengakibatkan lapan orang cedera termasuk kanak-kanak, justeru Timbalan Perdana Menteri menerusi Twitternya menyarankan agar perlunya penyelenggaraan menyeluruh di PPR seluruh negara. – MalaysiaGazette