KUALA LUMPUR – Sempena mewarnai kemeriahan kempen jalur gemilang, MyCar menawarkan tawaran kod promo MYCARMERDEKA.

Pengguna MyCar akan menikmati potongan tambang penumpang RM2 (perjalanan sehala) ke destinasi yang
ingin dituju bermula pertengahan bulan Ogos ini.

Bersesuaian dengan kempen Mycar Merdeka “Sambut Merdeka, Guna MyCar”, kod promo ini juga bagi menghargai pengguna setia MyCar yang menjadikan MyCar sebagai platform pengangkutan awam mereka dalam bulan kemerdekaan
ini.

Selain itu, MyCar juga akan mengaktifkan #MyCarMerdeka seiring dengan kempen kemerdekaan dan mengadakan pertandingan “Tag & Menang” di Facebook dan Instagram.

Pengguna MyCar hanya perlu memuat naik gambar atau video yang berkaitan dengan MyCar dan tag MyCarMerdekaContest untuk memenangi kod promo bernilai RM50 yang akan diumumkan di laman rasmi facebook (MyCar) and Instagram (@official_mycar).

Tambahan lagi, MyCar masih menawarkan harga rendah pada waktu puncak bagi memberi kemudahan dalam membuat pilihan yang tepat di waktu suntuk.

MyCar telah merekodkan lebih 80,000 rakan pemandu dan 2 juta pelanggan MyCar yang telah mendaftar sebagai pengguna didalam platform selepas setahun beroperasi, sekali gus mempu berdaya saing mengimbangkan industri E-Hailing di Malaysia.

MyCar telah memulakan operasi di seluruh negara dan telah mendapat tempahan hampir semua bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kini, MyCar juga membantu rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan tetapi tiada kenderaan sendiri untuk menjadi pemandu MyCar. – MalaysiaGazette