Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International membabitkan dana penyewelengan sebanyak RM42 juta juga dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah masuk hari ke-48 hari ini.

 

KUALA LUMPUR – Saksi ke-54 perbicarran SRC International, bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping dijangka terus memberi keterangan berkaitan perbualan antaranya dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

 

balas dengan pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan perbualan antaranya dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Selama enam hari, Joanna diasak oleh peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Harvinderjit Singh berhubung log pesanan dalam telefon miliknya dengan Jho Low dalam Blackberry Messenger (BBM) yang di rampas ketika serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2015.

Minggu lepas, Joanna membuat beberapa pendedahan mengejutkan termasuk bagaimana Jho Low ‘mengawal’ transaksi akuan peribadi Ambank Najib dengan jutaan ringgit keluar masuk tanpa mendapat arahan daripada pemilik mahupun pemegang mandat, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.

Nik Faisal yang menghilangkan diri merupakan bekas Ketua Eksekutif SRC International dan beliau diberi peranan sebagai pemegang amanah akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Joanna Yu yang ‘dipaksa’ meletak jawatan pada 2015 seolah-olah dapat membuktikan Jho Low berkeupayaan untuk m emanipulasi akaun Ambank milik Najib.

Malah pada satu masa, Joanna sendiri mengakui sedar adalah menjadi kesalahan jenayah untuk berhubung dengan pihak ketiga, iaitu Jho Low yang bukan pemilik atau pemegang mandat, bagi melakukan transaksi.

Kata Joanna, Nik Faisal sendiri pernah mengaku dirinya hanya sekadar ‘ikan bilis’ dan tidak tahu apa-apa selain jarang menjawab panggilan mahupun mesej daripadanya selagi tidak dipinta Jho Low.

Joanna juga mendedahkan, beliau tidak pasti siapa sebenarnya big boss antara Najib dengan Jho Low kerana banyak arahan dikeluarkan oleh ahli perniagaan itu.

Malah lebih mengejutkan apabila Joanna mendedahkan bagaimana dia mendahulukan wangnya sebanyak RM55,000 sebelum dibayar kembali oleh Setiausaha Jho Low, Josie bagi memastikan cek yang dikeluarkan Najib tidak ditendang.

Ketika diasak Harvinderjit, Joanna mengakui tentang dakwaan berkemungkinan besar Najib benar-benar menyangka RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya pada Disember 2014 dan Februari 2015 adalah wang derma.

Jho Low juga dikatakan telah menawarkan kerja di SRC International serta gaji lumayan kepada Joanna dan rakan-rakannya di Ambank.

Beliau ditawarkan gaji sebanyak RM60,000 sebulan namun telah menolaknya.

Antara nama yang timbul ialah rakan sekerjanya, Daniel Lee untuk jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Kristal Yap yang juga pernah mengendalikan akaun peribadi Najib.

Jho Low dibayangkan mempunyai kuasa serta kekebalan kerana memainkan peranan penting dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) melalui transaksi di Ambank.

Joanna juga mengakui Jho Low sememangnya mempunyai keupayaan untuk mengawal dana SRC International selain daripada mendedahkan bekas Ketua Kewangan 1MDB, Terence Geh juga menerima arahan daripada ahli perniagaan itu.

Khamis lepas, Joanna mendakwa Jho Lo telah memanipulasi dan memperdayakan pegawai Ambank dengan mengatakan dana berjuta ringgit yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib adalah wang derma.

Joanna mendedahkan Jho Low juga telah memintanya mereka-reka cerita dan berbohong bagi menunaikan tiga keping draf bank bernilai RM139 juta yang dikeluarkan daripada akaun AmBank SRC International.

Rata-rata pengakuan Joanna ini disusuli dengan asakan agresif pasukan peguam bela kerana mempunyai bukti perbualan antara Jho Low dengan Joanna dalam BBM.

Ada kalanya Joanna dilihat tidak begitu yakin dan tergagap-gagap untuk menjawab soalan sehingga menyebabkan Harvinderjit menganggapnya cuba memanipulasi dan seolah-olah tidak mengetahui perkara itu.

Perbicaraan dijangka akan bermula jam 2.30 hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali. –MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/01/jhow-low-manipulasi-akaun-peribadi-najib/

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/31/saksi-sedar-tidak-sepatutnya-berurusan-dengan-jho-low-bukan-pemilik-akaun/