KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak berhasrat untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina di India meskipun India adalah pasaran penting buat syarikat itu.

Kenyataan oleh Petronas itu merujuk satu laporan tentang kemungkinan Petronas dan sebuah konsortium diterajui syarikat Jepun JXTG Holdings Inc, berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penapisan minyak itu.

Kilang penapisan Bina terletak di tengah India, berkeupayaan memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd (BORL), syarikat usaha sama 50-50 antara Oman Oil Co dan syarikat milik kerajaan Bharat Petroleum Corp (BPCL). – MalaysiaGazette