Khalid al-Falih. foto Agensi

KAHERAH – Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih mahu meneruskan pematuhan pengurangan bekalan minyak yang berlangsung sekarang sehingga suku pertama tahun 2020.

Katanya, Arab Saudi telah berbincang dengan Rusia mengenai perkara itu.

“Kami mengesahkan bahawa akan akan terus mengadakan mesyuarat dan perbincangan antara dua negara untuk memastikan progres, kerjasama, pembangunan pelaburan dan perdagangan dua hala,” katanya. – MalaysiaGazette