Foto CNN Indonesia

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo memberi amaran untuk memecat pegawai-pegawai ketenteraan dan polis sekiranya mereka gagal memadamkan kebakaran di pulau Sumatera dan Kalimantan,

Beliau juga berjanji kerajaan akan membiayai peralatan berteknologi tinggi seperti dron untuk membantu memadamkan kebakaran.

Negara tersebut terpaksa menghantar ribuan anggota pasukan ketenteraan dan polis untuk memadamkan kebakaran hutan selepas mengisytiharkan darurat di enam buah wilayah.

“Saya menghubungi komander tentera dan ketua polis untuk menghentikan barangsiapa yang tidak mampu untuk memadamkan kebakaran hutan tersebut.

“Jangan memandang ringan kepada titik panas. Padamkan segera kebakaran kecil dan jangan menunggu sehingga ia merebak,” katanya.

Pekebun Indonesia biasanya membuat pembakaran terbuka semasa musim kering bagi membersihkan kawasan perladangan.

Bagaimanapun, pembakaran yang tidak terkawal telah menyebabkan jerebu teruk yang turut menjejaskan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. – Agensi