Paul Pogba.

LONDON – Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic meminta Paul Pogba untuk terus kekal bersama The Red Devils pada musim ini walaupun dikaitkan dengan Real Madrid.

Jelas pemain antarabangsa Serbia itu, sekiranya Pogba tetap mengambil keputusan untuk meninggalkan United, ia akan menjadi perkembangan yang cukup sukar buat pasukan.

Ini kerana, sebelum United telah kehilangan khidmat seorang lagi pemain tengah, Ander Herrera yang berhijrah ke Paris Saint-Germain.

”Sudah tentu, dia (Paul Pogba) adalah pemain yang hebat dan sangat penting buat pasukan.

”Kami akan lihat apa yang akan berlaku dan sudah tentu kami gembira sekiranya dia kekal bersama pasukan.”

”Saya tidak nampak bahawa dia akan meninggalkan pasukan tetapi dalam bola sepak segalanya-galanya mungkin,” katanya kepada Eurosport.

Manchester United akan menanti kunjungan Chelsea pada hujung minggu ini pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Sebelum ini telah banyak spekulasi mengatakan Pogba tidak lagi gembira bersama United.

Dia turut tidak disenaraikan pada aksi pra-musim terakhir Manchester United ketika berdepan AC Milan di Cardiff. – MalaysiaGazette