Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) melancarkan pelan jalur lebar tanpa wayar, Unifi Air sebagai penyelesaian kepada pengguna Streamyx di kawasan yang tidak mendapat liputan perkhidmatan jalur lebar fiber Unifi.

Pelan data tanpa had dengan purata kelajuan 20Mbps itu berharga RM79 sebulan bagi pengguna Streamyx sedia ada manakala bagi pengguna baharu mereka dikenakan bayaran RM129.

Para pelanggan pelan Unifi Home Wireless Broadband Plan dengan kuota data 60GB juga diberi pilihan untuk bertukar kepada Unifi Air dengan data tanpa had.

Pelan Unifi Air hadir dengan modem tanpa wayar yang boleh disambungkan kepada 64 peranti serentak.

Bermula 1 September ini, TM juga akan menukarkan pelanggan-pelanggan Streamyx kepada Unifi Lite pada harga RM69.

Pengguna baharu boleh mendaftar Unifi Lite pada harga RM89 sebulan.

Kelajuan internet adalah sehingga 8Mbps, sama seperti pelan Streamyx terpantas.

Menurut TM, pada masa depan, Unifi Lite akan menjadi satu-satunya pelan berasaskan tembaga yang akan ditawarkan oleh syarikat. – MalaysiaGazette