KUALA LUMPUR – Taikun perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew diselar kerana menunjukkan sikap ‘kurang ajar’ apabila bertindak menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam sebagai tanda protes dalam isu pengenalan tulisan khat.

Kim Yew yang juga merupakan pengasas Country Heights Holdings Bhd didakwa cuba menyamakan isu pengenalan kasut hitam untuk pelajar sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Jalur Gemilang.

Tulis Kim Yew, beliau mendapat inspirasi jalur hitam itu daripada cadangan kasut hitam KPM sambil dalam nada menyindir menyatakan berkemungkinan itu akan dilaksanakan oleh kementerian.

“Ini mungkin akan menjadi projek terbaru yang akan diperkenalkan oleh KPM selepas pengenalan Jawi sebagai subjek wajib, ini juga adalah keutamaan daripada ‘Tangkap Jhow Low’ atau ‘Kes Najib’,” tulisnya.

Bagaimanapun, posting itu kemudian telah dipadamkan oleh beliau dan tidak dapat di pastikan apakah ‘cerita sebenar’.

Menurut Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan, Mathis Sarawanan, beliau sebenarnya kecewa dan terkilan mengapakah sehingga begini tahap pemikiran seseorang apatah lagi bergelar tokoh dalam negara untuk menonjolkan sifat seumpama ini.

“Tan Sri Lee Kim Yew kenapa posting ini dipadam? Pandai-pandai samakan jalur putih di Jalur Gemilang dengan jalur hitam.

“Nak samakan dengan kasut hitam? Hina sangat ke sampai bendera negara pun dijadikan bahan kempen politik murahan?

“Kalau ada masalah dengan pengenalan tulisan khat, parti-parti politik, Najib, Jho Low atau Maszlee, tak kiralah siapa pun tapi perangai itu jangan serupa anjing lupa tuan.

“Negara ini jugalah yang bagi anda peluang untuk hidup senang sampai boleh lupa diri. Kamu perlu memohon maaf dengan keseluruhan rakyat Malaysia kerana menonjolkan sifat seperti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

MathisPengamatan MalaysiaGazette mendapati posting itu sudah tidak ada lagi laman sosial beliau yang dipercayai telah ditulis malam tadi sekitar jam 10 malam.

Namun posting tersebut masih lagi kekal di laman blog ahli perniagaan itu di leekimyew.my dengan pandangan beliau tentang pengenalan tulis khat dan pada akhir tulisan itu beliau dalam nada menyindir meletakkan ‘Hahaha, LKY’.

Mathis yang juga merupakan Ketua Pemuda MIC Bayan Baru turut memberitahu akan membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kerana mahu menerapkan kesenian tulisan khat kepada generasi baru ada pulak yang menjadi bangsat terhadap kedaulatan negara dengan mengubah watna jalur gemilang

Comments are closed.